Tuesday, April 7, 2009

WARNA DIRI



EMAS


Personaliti emas dikatakan bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, praktikal,waras fikiran, boleh dipercayai, setia, tradisional, konservatif, bersistem dan berperaturan serta memberi perhatian. kunci utama adalah PERATURAN dan SAYA BERTANGGUNGJAWAB


HIJAU


Personaliti hijau pula cenderun dan cekap dalam pelbagai lapangan, cenderung mereka cipta, cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingit tahu, memahami konsep,berpengetahuaan luas, berdasarkan teori, bijak, mahir, berakal panjang, kompeleks, tenang, sabar, berfalsafah,berprinsip dan berasaskan logik. kunci utama adalah MEMPUNYAI PERASAAN INGIN TAHU yang TINGGI


BIRU


Personaliti biru melambangkan individu yang bersifat tulen, mesra, mengasihani, bersimpati, unik, berkebolehan mengalami perasaan dan fikiran orang lain, penyayang, setia, berseni, orang yang mempunyai inspirasi, riang, gembira,penuh kasih sayang dan bersemangat. kunci utamanya adalah ROMANTIS dan SUKAKAN KEHARMONIAN


JINGGA


Personaliti jinggamenunjukkan individu yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersikap spontan, suka kepada pertandigan, tergopoh-gapah tetapi bersemangat, realistik, tidak dipengaruhi oleh sentimen, berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar biasa yang berbahaya tetapi menyeronokkan, berani, tabah, bertindak atas desakan pemikiran, suka keseronokan dan kemahiran. kunci utama adalah SUKA MENGEMBARA


***yang mana satu berkaitan dengan personaliti anda???

jika ingin tahu dengan lebih tepat personaliti anda berdasarkan warna kena le buat ujian Inventori Personaliti Warna dulu....(,")