Wednesday, February 25, 2009

DUGAAN YANG DATANG...





Dalam kehidupan kita tidak terlepas daripada menghadapi pelbagai ujian. Di sekolah, di universiti dan di mana sahaja. Ujian juga datang dalam berbagai bentuk. Bukan saja duduk di kerusi dan menulis jawapan atau menanda jawapan di dalam kotak yang disediakan. Kerana ujian seperti ini jawapannya telah pasti melalui pembelajaran di sekolah yang tercatit di dalam buku teks.


Ujian kehidupan yang tidak tercatit jawapannya di dalam buku yang dibaca, bagaimanakah untuk menghadapinya, menjawab dan menyelesaikannya.


Ujian = Dugaan + Cabaran + Kehidupan.


Semakin kita melangkah ke hadapan semakin banyak dugaan yang akan ditempuhi. Hidup ini tidak akan pernah sunyi dengan dugaan dan ujian. Apa yang pasti sedikit sebanyak dugaan yang datang sering terselit hikmah yang tersembunyi.


Hidup insan akan semakin matang apabila berjaya menempuhi dugaan yang datang dalam hidup. Semakin kita melangkah ke hadapan kita akan semakin sedar pengalaman menempuhi ujian atau dugaan yang pernah ditempuhi dalam hidup banyak mematangkan kita untuk menghadapi hidup ini dengan lebih tabah. Apa yang pasti dalam kehidupan setiap insan kita tidak akan terlepas dengan ujian, cuma apa yang berbeza adalah cara kita menghadapi dugaan yang datang.


Mungkin agaknya sekarang ini saya berada di dalam ujian itu. Dan Tuhan ingin menguji sejauh mana kuat, teguh dan tabahnya hati seorang insan dalam menghadapi segalanya dan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cara yang terbaik.

Friday, February 20, 2009

Taubat..




Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia ingin berjumpa pendita untu meminta fatwa supaya dia dapat bertaubat dari dosanya. Sebaik saja berjumpa, dia pun menerangkan bahawa dia telah membunuh 99 orang dan bertanya sama ada dia peluang untuk bertaubat. pendita dengan tegas mengatakan dia tidak boleh bertaubat kerana dosanya terlalu banyak. Lelaki itu marah dan terus membunuh pendita itu, menjadikannya mangsa yang ke-100.Dia masih ingin untuk bertaubat dan terus mencari kalau-kalau ada ulama yang boleh membantunya. Dia menceritakan bahwa dia telah membunuh 100 orang dan bertanya sama ada Allah masih menerima taubatnya? Ulama itu menerangkan bahawa dia masih ada harapan untuk bertaubat. Seterusnya ulama tersebut menyuruhnya pergi ke sebuah negeri di mana terdapat sekumpulan orang abid (orang beribadat). Apabila sampai di sana nanti, ulama itu menyuruhnya tinggal di sana dan beribadat bersama mereka. Ulama itu melarangnya pulang ke negeri asalnya yang penuh dengan maksiat. lelaki itu mengucapkan terima kasih lalu terus menghala ke negeri yang telah diterangkan oleh ulama tadi.Sebaik sahaja sampai separuh perjalanan, dia terjatuh sakit lalu meninggal dunia. Ketia itu terjadilah perbalahan antara dua malaikat, iaitu Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat ingin mengambil roh lelaki itu kerana pada pendapatnya dia adalah orang baik lantaran azamnya untuk bertaubat, sementara Malaikat Azab mengatakan lelaki itu mati dalam su'ul-khatimah kerana dia telah membunuh 100 orang dan masih belum membuat sebarang kebajikan. Mereka berdua saling berebut dan tidak dapat memutuskan keadaan lelaki itu.Allah S.W.T kemudaiannya menghantar seorang malaikat lain berupa manusia untuk mengadili perbalahan mereka berdua. dia menyuruh malaikat itu mengukur jarak tempat kejadian itu dengan kedua-dua tempat; adakah tempat kejadian itu lebih dekat dengan tempat kebajikan yang hendak dia tuju atau lebih dekat dengan tempat dia mula bertolak?Sekiranya jaraknya lebih dekat dengan tempat kebajikan, maka roh lelaki itu adalah kepunyaan Malaikat Rahmat. Setelah diukur, didapati jarah ke negeri kebajikan melebihi kadar sejengkal saja. Lalu roh lelaki itu terus diambil oelh Malaikat Rahmat. Lelaki itu akhirnya mendapat pengampunan Allah.Oleh itu, marilah sama-sama kita renungi betapa besarnya kuasa pengampunan Allah itu. Sesungguhnya, setiap kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan di atas muka bumi ini ada balasannya. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang..

Monday, February 2, 2009

SEUNTAI KATA UNTUK DIRASA





Panas usah membakar jiwa

Suara usah menggegar sahaja

Kalau benar senyap kumpulkan tenaga


Ayam bertelur sekampung tahu

Mengapa mesti kita begitu

Falsafah ubi diam berisi

Mengapa kita tidak ikuti


Sekarang singkirkan semua bicara

Sekarang kumpulkan tenag raksasa

Tiba saat berbunga mesra

Seretak mara kita bersama


A.Samad Said