Wednesday, February 25, 2009

DUGAAN YANG DATANG...





Dalam kehidupan kita tidak terlepas daripada menghadapi pelbagai ujian. Di sekolah, di universiti dan di mana sahaja. Ujian juga datang dalam berbagai bentuk. Bukan saja duduk di kerusi dan menulis jawapan atau menanda jawapan di dalam kotak yang disediakan. Kerana ujian seperti ini jawapannya telah pasti melalui pembelajaran di sekolah yang tercatit di dalam buku teks.


Ujian kehidupan yang tidak tercatit jawapannya di dalam buku yang dibaca, bagaimanakah untuk menghadapinya, menjawab dan menyelesaikannya.


Ujian = Dugaan + Cabaran + Kehidupan.


Semakin kita melangkah ke hadapan semakin banyak dugaan yang akan ditempuhi. Hidup ini tidak akan pernah sunyi dengan dugaan dan ujian. Apa yang pasti sedikit sebanyak dugaan yang datang sering terselit hikmah yang tersembunyi.


Hidup insan akan semakin matang apabila berjaya menempuhi dugaan yang datang dalam hidup. Semakin kita melangkah ke hadapan kita akan semakin sedar pengalaman menempuhi ujian atau dugaan yang pernah ditempuhi dalam hidup banyak mematangkan kita untuk menghadapi hidup ini dengan lebih tabah. Apa yang pasti dalam kehidupan setiap insan kita tidak akan terlepas dengan ujian, cuma apa yang berbeza adalah cara kita menghadapi dugaan yang datang.


Mungkin agaknya sekarang ini saya berada di dalam ujian itu. Dan Tuhan ingin menguji sejauh mana kuat, teguh dan tabahnya hati seorang insan dalam menghadapi segalanya dan berusaha untuk menyelesaikannya dengan cara yang terbaik.

No comments:

Post a Comment